Organic Pet Grass




Nyam! Nyam!


Pada mulanya DC sangkakan pet grass itu adalah catnip yang digemari kucing.  Bila diberitahu ianya rumput yang biasanya kucing makan untuk membersihkan sistem penghadaman mereka, DC begitu kagum kerana rumput di luar rumah juga boleh dikomersilkan.


Sekali lagi DC silap sebab rumput ni bukan rumput biasa yg boleh didapati diluar tumah tu, ianya sejenis tumbuhan organik yang kaya dengan klorofil, nutrisi antioxidant, vitamin A, B-complex, C, E dan K, serta set lengkap amino acid. Fuh! mcm sayur segar rupanya. Jauh lebih sihat dr rumput di luar sana yg kita tak tau tahap kualitinya, tanpa kehadiran bakteria dan parasit halus!


Jom! kita tanam sendiri rumput organik ni :)






Kit untuk menanam rumput organik haiwan peliharaan
Caranya amat mudah.








Pertamanya, tuang tanah organik ke dalam bekas atau tapak semaian plastik yang disediakan. 





Kedua, taburkan biji benih rumput ke atas tanah organik tadi.



Siram biji benih dan tanah sehingga lembap. Elakkan dari benih tenggelam dalam air.





Tutup benih tadi dengan tisu yang disediakan dan lembapkan.






Hendaklah SENTIASA lembap/basahkan tisu tersebut

sehingga  benih rumput  keluar atau bercambah.

Bila nampak benih dah keluar, buang tisu tersebut





Hasil tanaman rumput yg kaya dgn khasiatnya dapat dilihat dalam masa 8 - 14 hari


Mudahkan?  Rasa puas bila dpt menyediakan sendiri makanan berkhasiat untuk haiwan peliharaan kita.  Kdg2 org bertanya, perlu ke kita sediakan atau beri kucing makan rumput? Terdapat 2 sebab yg perlu kita renungkan:






  1. Membantu membersihkan sistem penghadaman dan mengeluarkan sisa2 gumpalan bulu (hairballs). Lazimnya selepas kucing makan rumput mereka akan memuntahkan kembali sebahagian rumput tadi bersama2 lelehan atau lendir dari dalam perut mereka.

  2. Walaupun kucing bersifat karnivor, iaitu makan ikan dan daging, sebenarnya mrk juga perlu makanan seimbang mcm kita. Kucing seperti juga anjing dan arnab perlu ambil makanan yg mempunyai serat atau fiber untuk melawaskan pembuangan najis dan mencegah sembelit.






Arnab juga menggemarinya..



Begitu juga anjing..